Kolej kediaman upsi

Hi korang,hari ni aq nak citer pasal kolej2 yang ade di UPSI ni, oh untuk pengetahuan aq pon baru satu sem duduk upsi ni 😂 ,korang pon yng baru lepas matrix and stpm or diploma mesti nk tau mcm mana keadaan or gambaran kolej kediaman di upsi ni kan?

Ok untuk pengetahuan korang, UPSI ni ade 4 kolej untuk pelajar DEGREE iaitu kolej harun Aminurashid (KHAR), kolej ungku omar (KUO),kolej zaba(KZ) dan kolej aminnudin baki (KAB). 1 kolej untuk pelajar DIPLOMA (buat masa sekarang tahun2 mendatang kalau ade tambahan x pasti) iaitu kolej awang had salleh (KHAS) .

Ni gambar aq ambik sendiri dgn ade gambar ternet so aq just ckp awal2 ye,btw aq mls nk jalan2 sekitar upsi skrg haha so ni la gambar antara kolej kediaman yang ada di upsi

Block kediaman khar 

Blok kediaman kuo

Blok kediaman kab( kab dgn kz sama je bentuk dan interiors dalaman) 

Ok skrg aq nk tunjuk gambar dewan makan/ cafe tempat makan dan meeting untuk assignment 

Ni cafe khar (cafe khar dgn kuo sama je bentuk) 

Cafe kz dgn kab beza sikit bentuk dia xpi still sama je tujuan jual makanan jugak 😂 

Oh lupe mention setiap kolej ade cafe masing2 so beraneka pilihan makanan boleh dipilih sebab setiap cafe ade gerai yng berlainan dan mostly layan diri je, setiap cafe juga ada atm dan mini mart untuk membeli makanan dan keperluan biasa
Masjid terletak antara kolej khas khar dan kuo,so memang dekat la nk g berjemaah kz dan kab ade surau 
Masjid al-mursyidin di upsi 

Ok,so berbalik kepada cerita kolej kediaman td aq boleh share kt korang gambaran mcm mana suasana kolej kediaman yng korang nk duduk nanty, 

Kolej kediaman di upsi ni memang sangat selesa sebab setiap blok kediaman bertemakan rumah iaitu satu rumah ade 3 bilik dan 1 bilik dua org penghuni, tandas setiap rumah ada dua so x perlu berebut satu blok nk guna tandas yng sama. Aq nasihatkan korang bawak satu bantal sendiri supaya selesa sebab maybe ada bilik ada bantal ada yng xde, xpi tilam katil semua complete, korang juga disediakan meja belajar yng ok dan almari baju yang luas untuk simpan barang korang, yng plg best air dan electric korang boleh pakai tanpa risaukan pasal bil (semua korang dh bayar masa pendaftaran kolej). Setiap rumah juga ada ruang tamu dan ampaian sendiri. Dapur pon ade xpi x besar la,ok la bujang hahaha, wifi pon free and unlimited usage. Hampir setiap tempat di UPSI ade wifi and it's all free for student. 

Upsi ade jgk kemudahan lain mcm kolam renang,court badminton, futsal, padang bola, ragbi dan macam2 lg, hotel pon ade untuk parents yng nk singgah bermalam di upsi,kemudahan ni semua percuma x perlu bayar kepada student kecuali hotel la ye hahaha,hotel nk duduk kena la bayar 😂 

Ok la sampai sini dlu aq taip..... Nanty kalau aq rajin aq sambung pasal mcm mana pengalaman aq masa orentasi U, aq just bg hint ye,orentasi UPSI memang terbaik sebab santai dan seronok, xde regging2 bagai,just chill je #WeLoveUPSI

Comments

  1. Replies
    1. Awak pun new intake ke? Sya pun sama nak daftar 4 ogos ni. Bole lah ws 0107771304 sbb ada lah teman pi daftar nnti. 😊

      Delete
    2. KHAS sama sahaja mcm kolej kediaman KHAR DAN KUO, KHAS ialah kediaman untuk pelajar diploma

      Delete
  2. Bayaran hostel satu sem berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sewaktu 2018,kadar bayaran adalah sebanyak rm 563.35 sen,rasanya tak berubah lg harga, api air termasuk harga tu

      Delete
    2. Masih sama. Anak saya masuk ahad depan..dalam tawaran tu tengok sama harga

      Delete
  3. Ada lif tak? Brp tingkat tu blok khar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde ade tangga je,semua ade 4 tingkat untuk khar kuo

      Delete
  4. Betul ke Yang Kita nak duduk hostel upsi, Kita kena ade markah Koko Yang tinggi ?? Atau pon Kita Di kick out Lepas SEM 1 untuk I nak amik diploma kat Sana ??? Cam mana ehh ?

    ReplyDelete
  5. Boleh saya tahu katil di upsi jenis apa ?

    ReplyDelete
  6. Nk tahu..mcm mna nk pilih antara kolej tu..dia ikut suka hati ke..atau ada ketetapan sendiri..kos ni..sepatutnya kolej yg ni..ke ikut je?

    ReplyDelete
  7. Hi..nak tau mcm mna nak daftar utk hostel tu sbb sya baru first time nak masuk..dah sem 3 pon..tapi tak reti nak daftar haa sbb dah lama diam rumah.. harap boleh tolong..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

gaya hidup sihat,cara turun berat badan melalui diet calori