gaya hidup sihat,cara turun berat badan melalui diet calori



Aku mencipta blog ini hanya untuk berkongsi pengalaman dan tip bagaimana aku dapat menurunkan berat badan dari 88 kg ke 60 kg,ilmu ni pon aku dapat hasil rujukan daripada kajian artical di internet,so anda boleh la cuba just kalau rasa tak boleh nak ikut cara diet ini,anda dinasihatkan agar berjumpa dengar yng lebih arif perihal diet ini sekian.

Di bawah ini hanya menunjukkan tip dan cara-cara masa aku diet dahulu,so kalau nk ikut dipersilakan tapi ape-ape pon rujuk pada yang pakar dahulu ok.


               TIPS/CARA PERTAMA



Elakkan makan makanan segera selama 3 bulan pertama diet

ok anda biasa dengar tips ni kan tapi adakah anda praktikan atau anda rasa "hanya makan sikit tak jadi masalah",pemikiran seperti ini yang akan menghalang anda untuk mencapai matlamat anda.mmacam saya dulu suka juga makan makanan segera seperti keropok,air bergas,nugget,kentang goreng dan seangkatan dengannya,tapi bila difikirkan balik makanan tersebut taklah kenyang mana dan tak lama selepas makan saya akan lapar kembali.so kuatkan diri anda dahulu, latih diri agar jauhkan diri dari makanan segera kerana mostly makanan segera tinggi kandungan calori .

TIPS/CARA KEDUA

Tahu berapa keperluan kalori dalam badan

kebiasaan bagai manusia biasa memerlukan 2000 kalori sehari untuk melakukan aktiviti seharian,ada juga yang memerlukan lebih dari itu bergantung kepada lifestyle masing-masing tetapi biasanya 2000 kcal sahaja. so saya nk ajar makan ikut kalori yang diperlukan oleh badan sahaja,jika hendak menurunkan berat badan anda cuba hadkan pengambilan kalori makanan dalam lingkungan 1800-1500 dan apabila dh sampai berat ideal ,normalkan pengambilan kalori anda ke 2000 kcal untuk mengekalkan berat anda.sebagai contoh anda makan roti yang mengandungi 209 kcal untuk setiap hidangan dan anda ambik dalam jumlah yang banyak sebagai contoh 5 ketul roti,bilangan kalori 209 kcal tu darab dengan lima ketul roti tersebut dan hanya tinggal berapa kcal sahaja lagi untuk had pengambilan kalori harian anda,jadi ingat makan secara terkawal bukan ikut nafsu ya.Oh ingat ya benda ni ambil masa ya bukan harini jaga pengambilan kalori esok boleh kurus! ingat ye tengok unit "KCAL" bukan "KJ" ya..

TIP/ CARA KETIGA

Makan makanan ikut piramid makanan dan amalkan gaya hidup yang sihat

Ok untuk makanan seimbang ni anda perlu ambil seperti dalam piramid makanan,ambil ikut portion makanan yang betul dan seimbang,kalau nasi ambil sebesar penumbuk sahaja,elakkan makanan bergoreng seperti ayam goreng ikan goreng dan sebagainya,gantikan dengan ayam rebus,ikan rebus dan seangkatan dengannya. Kulit ayat tu buang sebab banyak kandungan kalori di situ dan seeloknya ambil dada ayam buang kulit untuk lebih kenyang. Untuk gaya hidup sihat pula,bersenam dan bersukan lah mengikut minat,sebagai contoh saya suka bermain badminton,jadi jika saya bersukan mengikut minat saya akan dapat mengelakkan stress dan dapat membakar lemak secara sihat dan seronok. PERINGATAN!!! selepas besukan jangan ada pemikiran bahawa "AKU DAH BERSUKAN,KELUAR PELUH DAN DAH BANYAK BAKAR KALORI,JADI AKU BOLEH MAKAN BANYAK-BANYAK,ESOK AKU BERSENAM BALIK HAHAHAHA", anda silap jika berfikir bergitu kerana jika anda bermain badminton selama 30 minit, tubuh anda akan membakar kalori dalam lingkungan 160 kcal dan anda makan makanan yang mengandungi 300 kcal, 300 - 160 = 140 kalori anda tambah dalam pengambilan kalori harian anda,so tiada guna bersenam jika anda tak kawal makan.

TIP/CARA KEEMPAT

Makan ikut waktu dan jangan tinggal waktu makan terutama sarapan

ok kebiasaan orang yang berdiet ni suka skip makan kan?,sebenarnya cara itu salah dan lebih buruk boleh menyebabkan gastrik.jadi jangan sesekali skip waktu makan anda dan makan dengan kadar sederhana mengikut keperluan bukan nafsu makan anda ok.

TIP/CARA TERAKHIR

Kurangkan pengambilan gula dan lebihkan minum air putih

Kandungan gula di dalam badan amat penting untuk kesihatan kita tetapi jika diambil secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit,jadikurangkan pengambilan air manis dan lebihkan air putih,anda juga disarankan untuk minum air putih/kosong selepas bangun dari tidur untuk mengekalkan tahap kandungan air dalam badan anda. Jika anda ingin mengambil gula,anda disarankan untuk makan makanan yang mengandungi gula yang baik seperti buah-buahan untuk mengekalkan kesihatan tubuh anda.

SETIAP USAHA PASTI ADA HASILNYA

MR.D

Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya berserah pada yang maha esa.



Comments

Popular posts from this blog

Kolej kediaman upsi